Isnin, 28 Februari 2011

cinta vs impian



HHaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!! (menjerit kot!!)


Enough.....


Seriusly, 
aku dah tak boleh  dengan si dia.. Aku ingat lg pesan akak mase dia balik cuti haritu, juga cerita yang ustazah sampaikan kepada pelajar2 dan akak sampaikan kat aku pula.
Lepas aku balik, aku terpikir betul apa yang akak cakap. Sekarang aku dah bosan dengan permainan cinta, semua tu belum tentu dapat menjalinkan ke arah rumah tangga.
Macam akak cakap, jika jodoh kita ada, sejauh mana kita merantau.. confirm kita akan jumpa balik dengan si dia.. Itu semua kan kuasa Allah swt hanya dia yang berhak tentukan jodoh seseorang. Jadi sekarang baik aku pikir pasal impian aku yang nak jadi seorang wartawan suatu haru nanti.. haha. Macam lah aku boleh..


Haruslah aku boleh, kalau itu yang aku nak kejarkan.. hanya perlu berusaha.
Ya! Aku kena usaha kuat sikit untuk capai semua tu.. tapi, hanya satu yang sentiasa menganggu fikiran aku.. iaitu result spm aku yang akan keluar tak lama lagi. Ya Allah, aku hanya dapat doa saje.. hanya doa yang dapat kurangkan tekanan yang aku rasa.


Tapi, aku tak boleh nak bayangkan, jika apa yang aku impikan musnah macam tu aje.
Hanya kecewa yang dapat temankan aku kala itu.. huhu. sadis sungguh bunyinya.


Untuk melupakan si dia memang agak sukar, sebab.. entah lah. Aku tak tau macam mana nak cakap dengan dia, kalau aku tinggalkan dia macam tu aje.. nampak sangat aku kejam.
Ya, so cruel. Aku perlukan sedikit masa.Aku perlukan sedikit masa untuk kumpulkan seluruh tenaga dan akan bercakap dengan dia begini.. "kita putus jom, ada impian yang aku harus kejar dulu.. aku tak nak kau tunggu aku.. sebab kemungkinan aku akan jumpa dengan kehidupan yang sungguh mencabar di luar sana". patut kew aku cakap macam tu.. 
atau ada yang kebih dramatik sikit.. huhu. Aku perlukan seseorang untuk membantu..


Aku ni pentingkan diri ke, tinggalkan dia sebab nak kejar impian aku.. Tak! Aku tak kejam, memang patut aku tinggalkan dia. Sebab dia akan menghalang impian aku untuk terus maju, kalau aku terus cintakan dia. Mungkin dia akan menghalang aku untuk melihat dunia luar.. iaitu kehidupan yang sebenar, dan impian aku akan terbatas sebab terikat dengan dia.


Dan belum tentu kalau aku terus cintakan dia, aku akan bahagia.. boleh ke orang sekarang hidup hanya dengan cinta, cubalah bawak cinta tu pergi interview.. confirm kena hentak kepala kat atas meja laju-laju.. tak pasal-pasal koma setahun.. paling lopek pun ICU seminggu. Impian terus entah kemana. Tak ke banggang macam tu. 


Lagipun buat apa nak kejar cinta sekarang, semua tu karuttt!!! Aku kan muda lagi.. 
dan aku kena batal kan niat aku dekat mamat ALIM tu.. Aku kena lupakan dia.. haha.
Ala, aku bukan ada feeling sangat pun  kat dia. Sama je macam masa aku kat sekolah dulu.. suka kat 


K*AL*S
 lelaki pertama yang aku suka masa darjah 3, sekarang dah jadi kawan baik kakak 
             aku... huhu. kelakar sungguh

ZUL
 lelaki pertama yang aku suka masa masuk sekolah menengah..

AFIQ
ex bf, kenal terus couple.. agak bodoh masa tu. 

IZZAUDIN
 ex bf jugak, tak lama pun couple sebab tak ada persefahaman untuk bersama.
                        selalu gaduh walau benda kecil.

ALIFF AZIZKU
atau akak panggil unta, lelaki yang aku suka masa form 3, sanggup intai
                               segala perbuatan yang dia lakukan dan kawan-kawan aku terpaksa terlibat
                               dengan kerja bodoh aku tu.

AZIZI
budak baru masuk time form 3, aku ingat budak cina.. rupanya melayu. selalu intai
               juga, sebab sebelah class jew dan menjadi classmate masa form 4 dan 5.. lepas tu

               terus tak suka. haha.

PAAN 
budak lelaki yang selalu lalu depan rumah aku, sebab hantar adik dia pergi mengaji.
               mula suka, time main badminton dengan akak.. jatuh cinta dengan pandangan
               matanya

SI MAMAT ALIM
 selalu nampak dia pergi masjid, time zuhur, asar, maghrib dan isyak..

                                    selalu jugak dia pandang aku.


 huu.. Banyak jugak kan...
Bila ingat balik, cam haram je aku dulu. Tapi semua tu kan pengalaman dan kenangan.
Adat lah kalau suka budak lelaki masa sekolah dulu, baru nak berjinak-jinak rasa cinta.


Tapi sekarang, bila dah dapat cinta tu.. bosan pulak, tak bersyukur ke aku ni.. hah!!
Lupakan semua tu karuttt!!! Nampak permainan dia.
Baik sekarang kita kumpul member banyak-banyak. Haruslah sentiasa happy!!!.
Tanam impian, yang aku akan menjadi seorang wartawan suatu hari nanti.. insyallah.




suatu hari nanti
(tapi kena kuruskan badan dulu)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan