ohh, ohh, ohh,,balik kampung.. hati girang....
Sempat lagi nyanyi tu.
Berbalik pada story asal, haritu aku balik kampung abang ipar aku.(along aku punya suami punya kampung),uhh.. berbelit sungguh ayat ku.Kampung nya berada di Sabak Bernam,dekat batu 2.. rumah dia betul betul depan tanah perkuburan islam.
Aku pergi selama dua hari satu malam,tujuan ke sana kerana ada kenduri kahwin.
Sampai saje aku dekat sana, hari pun sudah malam.. tapi rumah penuh dengan orang orang kampung.Bergotong royong lah katakan, biasa lah orang kampung.
Pagi tu aku bangun macam biasa, pegi mandi.. dah lah aku tengah bendera jepun. nak kena cuci punya lah lama, kena mandi awal takot orang kampung datang awal nak tolong tolong..rumah dia penuh dengan sanak saudara yang jauh...lepas mandi, aku pun tolong lah apa apa yang patut.Tugas yang aku kena buat, iaitu lap pinggan mangkuk.. perghh!!! punya lah banyak, bayang kan berapa ribu orang nak makan.
Kenduri tu berjalan dengan lancar,UHHHH!! penat jugak lah kan.
Selesai je semua, aku naik atas.. masuk bilik tidur, anak buah aku pun join sekaki.
Aku bangun bangun je dah pukul 3.. apa lagi, pergi mandi lah.
untuk siap nak balik Selayang.. siap siap, salam salam.
Kitorang chow dalam pukul 4.30 petang lebih kurang macam tu lah,
Anak buah aku nak singgah dekat pekan, nak makan laksa cina kata dia. Kedai cina ni, dekat tepi jalan.. laksa dia memang sedap.
Laksa dia, dia buat sendiri punya.. besar besar.Kuah dia pun boleh tahan. Time aku nak makan tu semua pandang aku, nak dengar apa pendapat aku. Aku cakap sedap, semua senyum.. kelakar betul. Anak buah aku makan sampai licin..
Lokasi seterusnya, kitorang singgah dekat sungai besar.. Along aku cakap dia nak tengok tudung, barang barang dekat sana.. murah murah. cam tak caya..
Bila dah setel beli barang, kitorang pun gerak.. dalam perjalanan balik tu, aku nampak budak budak kampung naik motor, memang ramai, dorang bawak pancing.. nak pergi mancing lah tu kan, tak kan nak pergi menoreh kot.
Dalam kepala otak aku, dorang ni bagus lah.. meluang kan masa dengan benda yang berfaedah. Takde lah nak merempit je 24 jam.
Dorang lepak pun dekat dekat ngan rumah dorang, aku nampak time aku sampai malam semalam.. waktu kenduri tadi pun ramai budak budak kampung yang tolong. kira okey lah tu kan.. ade jugak yang nak tolong.. kalau dekat KL senang, katering je.. tak payah nak susah susah basuh pinggan.
Kiranya, pengalaman aku balik kampung orang..okey jugak lah, dapat tengok orang orang kampung bergotong royong, budak budak lelaki kampung yang melakukan aktiviti yang berfaedah.. perempuan pula dengan sifat sopan santun nye.. jarang nak jumpa sekarang orang orang yang macam tu.
pengalaman itu sangat penting..
:)
...itu ini cik tok'ein =)
Kehidupan kita akan lebih bermakna kalau ada family yang bahagia,best dan memahami, ada kawan kawan yang happening&sekepala..dan kita harus corak kan kehidupan itu supaya ia menjadi warna warni & gumbira. peace!! syooooo..... hakhak.
Isnin, 16 Mei 2011
Sabtu, 23 April 2011
Malang tapi kelakar
semalam 23 april 2011
Semalam aku rasa aku agak malang.. selama ni aku turun KL dengan kakak aku (najla tomey).
Tapi, dia dah sambung belajar dekat kelantan... Jadi aku dah tak ada member, yang sekepala dan giler giler macam dia. Ada tu ada.. tapi, aku lagi selesa kalau turun KL dengan kakak aku yang tomey lagi memikat.. HAHA.
Tapi semalam, aku buat keja giler.. iaitu ajak kazen aku si Hud turun KL. Kami turun sekitar jam 9.30 pagi Perjalanan pegi berjalan dengan lancar.. malaikat melindungiku sepanjang perjalanan.Sampai saja kat sana, keadaan masih lagi terkawal.. sempat lagi Hud ajak aku cuci cuci mata.Tapi, si Hud ni..pantang nampak orang kulit hitam(negro) dah takot kecut telur, nama jer lelaki tapi hampeh.
Dah penat kitorang jalan jalan.. tengok jam pun dah masuk waktu lunch, kitorang apa lagi cari lokasi untuk mengisi perut.. yang tengah main lagu kerongcong.Jalan jalan, tengok depan KFC da.. apa lagi masuk jer lah. Kitorang pun beratur nak order.. tapi dekat depan kitorang ada sepasang couple tengah berpeluk sakan, buat bodoh jer lah.. mat saleh lah kata kan.
Tapi, time dorang dah habis order, pompuan tu pusing jer.. mak aii, melayu..
isy.. isy.. isy... cobaan..
Kitorang pun tak amik pusing pasal mereka tu.. yang lebih penting perut kena isi..
amik port yang tak berapa kontrolversi sebab table agak penuh. Aku pulak buat KFC tu macam rumah sendiri, makan tak control control punya.. sampai kan ada sorang pompuan ni pakai tudung duk tenung jer aku makan, sambil tongkat dagu tu.. tu yang tak boleh tahan tu... apa pelik ke cara aku makan. isy.. dahsyat. buat aku segan jer...
Lepas makan, pegi cuci mata lagi, nak shopping wang nya tengah nazak.. jadi sabor jew lah.
Dah penat aku jalan, aku amik keputusan untuk balik.. tengok jam dah pukul 1.30.. kitorang pun tunggu lah bas... tunggu dok tunggu dok tunggu.. batang hidung bas tu pun tak nampak, tunggu dan tunggu lagi... perut aku pulak sakit, suruh aku buang air besar. Tahan jew lah, toilet jauh...
dok tunggu dok tunggu lagi... rasa macam kena sembelit pulak. bas tak datang datang lagi,
Lepas tu, ada satu moto ni lalu kat depan aku, pandang aku tak puas hati.. muka hensem, tapi aku rasa macam nak bagi kaki jew, dah lah aku tengah menahan sengsara.. dan yang memelikkan lagi, moto tu ikot jalan salah.. sebab jalan tu jalan sehala, agak banggang lah mamat tu.
Lepas tu die patah balik.. aku buat bodo jew, tiba tiba... ada orang menjerit depan aku sambil kejar moto tu.. aku tengok mamat moto tadi dia bawak moto ikot jalan salah.. sah mamat tu peragut.. kesian tengok orang yang kena ragut tu, orang awam buat tak tau jew. Kalau aku tolong, aku yang kena...
Tunggu bas lagi, tunggu punya tunggu.. Ada sorang mamat ni, tiba tiba datang gelak gelak.. ntah apa ntah yang lucu sangat, dia punya gelak kalah puntianak.. aku dah lah tengah sengsara menahan sakit perut aku ni.. aku apa lagi, dia tak kenal aku sapa.. bila otak aku dah masuk air tunggu bas lama sangat.. aku buat lah perangai giler aku, aku pun buat buat lah macam ada orang call aku.. aku balas balik macam mana dia buat tadi, gelak kuat kuat, sambil hentak hentak kaki, pengadap dekat dia.. mamat tu pandang aku tak puas hati, dia pun terus blah. Baru puas hati aku.. lantak lah dia nak pikir apa, ada aku kesah. sampai pukul 3.30 bas tak sampai sampai lagi, tunggu dok tunggu..ada satu bas ni, bas metro tulis no 55.. Aku naik jew lah sebab member aku cakap, bas balik selayang bas no 55. Aku duduk, orang tiket bas tu pun mintak tambang.. aku cakap lah selayang.. lepas tu dia cakap bas ni tak pegi selayang. Orang tu halau kitorang turun,, ada ke patut... tak patut tak patut..
Kitorang tunggu dok tunggu lagi, ada bas no 50.. dia tulis SELAYANG BARU, kitorang naik jew lah.. sebab selayang baru kan. Ngam ngam kitorang naik bas, hujan lebat.. petir kilat sambar menyambar. lepas bayar tambang.. bas pun jalan, kitorang duduk kat kerusi yang dekat dengan pintu bas yang belakang..
tiba tiba selipar Hud jatuh, pintu bas pulak terbukak.. tersepit lah selipar Hud tu, aku kata tak apa.. kejap lagi kalau pintu bas tu tutup, kaw pegi amik tau.. tapi bila pintu bas tutup.. selipar Hud tersepit dekat luar pintu bas... Aku punya gelak, sampai pakcik kat sebelah sana pun duk pandang tak puas hati... Aku cakap lagi dengan Hud, kejap lagi kalau bas ni berhenti kaw pegi amik.. ngam ngam bas tu berhenti pintu terbukak.. Hud pegi amik selipar dia yang dah terjatuh kat jalan..
tiba tiba bas jalan.. Hud kena tinggal, aku jerit suruh bas berhenti.. bas tu pun berhenti lah, kesian HUd dia kena tinggal jauh. Aku pun risau jugak lah, aku tengok HUd barlari naik bas...
Kesian Hud....
Lepas tu bas tu, bawak kitorang pusing jalan dekat selayang mall , satu satu orang turun, sekarang tinggal kitorang dua orang jew dalam bas.. orang bas tu halau kitorang turun dekat balai polis bukit idaman... aku apa lagi, call mak aku.. nangis nangis.. dah lah kena tinggal tepi jalan..
Nasib baik ada teksi ni berhenti.. uncle cina, dia tanya kenapa nangis amoi??
aku cakap lah bas tinggal kan, sebab dalam bas ada kitorang dua orang jew..
Sampai jew kat depan rumah aku.. aku punya gembira tuhan saja yang tahu...
syukur alhamdulillah... sampai jugak dekat rumah...
MALANG SUNGGUH KITORANG SEMALAM....
SEDAY PUN ADA...
LEPAS NI, AKU TAK NAK NAIK BAS DAH.....
ORANG BAS TU BUAT DAJAL DEKAT KITORANG....
Sabtu, 9 April 2011
What da 'F' kepada budak bernama D*AN*
Fenomena meletus nya perang dunia ke 3 di dalam class budakbudak
form 5 tahun 2011 nama class ( 5P1). nama nak market jew, cam haram.
Apabila si HUD mengamuk kita lihat apa kesudahannya..
Apa problem budak tu sampai nak memfitnah kazen aku si HUD.
Dia tak tahu ke dosa memfitnah lagi besar dari dosa membunuh orang, macam bagus bagus je dia nak fitnah fitnah orang.. sedar lah diri tu, macam lah kaw sempurna sangat.
Jangan lah nak tambah dosa lagi, ingat... kita ni dah akhir zaman. cari cari lah pahala banyak banyak..
Ada ke dia cakap kazen aku, si HUD & rakan rakan nya.. buruk buruk kan dia dengan pakwe kesayangan dia yang bajet hot juga berada di dalam class yang sama.
si HUD memang lah ada cakap pasal dorang, tapi si HUD cakap benda yang dorang lakukan depan mata budak budak dalam class tersebut, pegang pegang tangan lah, letak pale atas bahu lah.. ingat sekolah tu tempat nak bermadu asmara ke?.Dengar lah pengalaman orang yang lebih tua dari anda ni.. kalau korang couple sehebat mana pun, belum tentu korang sampai ke jinjang pelamin, sebab jodoh pertemuan, ajal maut di tangan ALLAH SWT.
Jadi renung renungkan...
Berbalik kepada cerita asal.
Rakan si HUD bernama S memang suka puji si pakwe pompuan D, tapi si S cuma perhatikan dari jauh je..sebab si S dah ada tunang, Si pompuan D ni tak boleh terima yang si S ni suka tengok pakwe dia.
BOdoh jugak pompuan D ni yee..
Yang suka perhatikan pakwe dia pompuan bukan kazen aku si HUD yang sememang nya lelaki..
Kazen aku si HUD ni sedih lah, tak pasal pasal dia dengan membe dia lagi sorang yang bernama F di fitnah oleh si pompuan D yang menyatakan dorang ni reporter..
suka mengheboh hebohkan kesah percintaan si pompuan D dengan pakwe nya.
WEH!!! Sedar lah dari bermimpi, sape kaw untuk mereka heboh kan kesah percintaan korang yang ntah sampai ke mana ntah... Lain lah kaw tu RIHANNA artis antarabangsa tu (penyanyi kesukaan si HUD), lain lah kaw tu TAYLOR SWIFT, MILEY CYRUS kew ada jugak faedah nya.
Ni dorang nak heboh kan kesah parcintaan korang yang sekangkang hemster tu nak buat apa, tak mendatang kan duit pun.. kalau hantar kat surat khabar, confirm kena terajang... HAHA.
Si pompuan D ni kecoh 1 class yang si HUD dengan si F ni reporter yang menghebohkan kesah percintaan nya dengan si budak bajet HOT konon...
Bila si HUD dapat tahu, si HUD cool dulu.. gentle lah kan, tapi bila si budak bajet HOT tu pandang si HUD tak puas hati.. si HUD apa lagi, bila hati dah panas...
sI HUD mengamuk 1 class.. habis semua maki hamun dia keluar.

cam kimak lah
perangai korang..
korang nie tak tahu malu ke?
buat apa aku nak citer kesah percintaan
korang yang cam sial tu..
korang ingat korang bagus sangat lah??
ingat dah hot lah tu pegang pegang tangan,
letak pale atas bahu, suap menyuap kat depan budak budak class, manja manja tak bertempat, i u i u lah..
layu bulu ketiak aku dengar.
bodoh jugak kan korang ni.
si HUD menerus kan maki memaki tidak berhenti sampai si F bff si HUD pon kena maki dengan dia ,, cian F.....
1 class terdiam, baru dorang rasa kan penangan bebelan mulut si HUD yang macam murai tercabut ekor. HAHA
Sampai cikgu masuk baru lah si HUD berhenti kan mulut nya.. Ehh! macam mana nak berhentikan mulut.. aku pon tak paham. bukan berhentikan mulut, berhenti bebelan nya.
Itu lah cerita yang si HUD kongsikan bersama aku, dan aku telah memblogkan kesah ini..
Kesah percintaan si pompuan D yang cam sial dan si budak bajet HOT yang cam kimak..
Bawak bawak lah bertobat, tak payah lah nak memfitnah orang yang tak bersalah.. kalau mulut tu tak reti nak jaga, baik kaw simpan dalam kotak diam diam. Tak ada lah menyusahkan orang seclass..
Tahu lah pengikut kaw ramai, walaupun pengikut si HUD ada berapa kerat jew.. tapi dorang tak penah nak menyusah kan orang
Orang orang di luar sana, kalau anda mengalami fenomena yang berlaku di atas, saya ada tips untuk anda.. cara cara nya..
- ambik lah batang penyapu di belakang class & hentak kan di mulutnya.
- tombok muka dia laju laju..
- campak kan dia dari atas bangunan sekolah yang paling tinggi ke bawah. jika class anda berada di tingkat paling atas, jika cikgu tanya.. kenapa awak berbuat begitu??anda perlu menjawab 'saja cikgu untuk test power'.. HAHA.
- hentak kepala dia di atas meja laju laju..
- baling bekas pensil anda yang sarat dengan pen kepada kepala nya..
selamat mencuba...
kejam jugak aku nie yew...
HAHA.
kejam jugak aku nie yew...
HAHA.
Jumaat, 8 April 2011
sungguh sungguh happy
semalam 7 April 2011..
Di saat perut tengah lapo, dan minta di isi...
Aku meminta bantuan daripada incik hud untuk menemaniku pergi ke kedai FAMILY BURGER (nama kedai tu) yang terletak di simpang empat nun jauh di hujung jalan di rumahku.
Dengan rela hati nya incik Hud menhulurkan bantuan.
Incik hud ingin menaiki moto, tetapi aku m'bantah.. lalu berkata
'kita jalan kaki lah,boleh exercise..'
dan incik hud pon m'balas
'okey'
Agak banggang lah aku ni, poyo je exercise tapi makan burger jugak.. abang abang aku jugak dengan tak tahu malu pon nak order kat aku suruh beli burger untuk mereka, begitu juga kakak iparku.. tidak terkecuali mum aku..
burger daging special 1
burger ayam special 2
burger ayam 2
benjo 2
benjo cheese 2
Ni melantak ke makan?
Sesampai aku di FAMILY BURGER tersebut,aku pon pesan apa yang mereka mereka di rumah order.
Makcik yang masak burger tu cool je, yang di temani nenek yang seperti uzur.. tapi masih gagah membantu si anak...
Nampak? nampak? nampak permainan dia, kat rumah aku.. yang jual burger ialah perempuan. Jarang kan nak jumpa.
Bila semua pesanan telah di sempurna kan oleh si makcik.. aku pon bayar, lalu melangkah untuk pulang.
Aku dengan si hud pon berlenggang kangkuk dengan membawa burger burger yang di pesan..
Tiba tiba...
Ada sorang mamat ni, dia naik moto... tapi memberhentikan moto nya di sebelah aku. Aku agak takot jugak lah.. takot dia buat pape,Lalu dia bertanya..
'kenal tak'
Aku yang agak blur ketika itu, membuat muka stok nak makan kakik je..
Melihat muka aku yang agak blur, si mamat membuka helmet..
'Oh izzaudin' menampak kan keceriaan di wajah aku..
Aku tanya dia, macam mana boleh kenal aku,
'Mana aku boleh lupakan kau' jawab si mamat.
Terharu nya aku..
'Kau dah kurus kan'katanya.
Wah! berbunga nya hati, bila dia cakap macam tu.. HAHA
Perbualan aku & dia hanya sementara,
gila kau kat tengah jalan nak borak.. dia pon minta nombor handphone aku..
dan perbualan kami di akhiri di situ...
Incik Hud yang mendiamkan diri dari tadi, mula bersuara bila si mamat berlalu pergi.
'COmel nya dia' incik Hud memuji..
Ah! karut..
Tu aku punya kau jangan usik... HAHA
Itu lah pertemuan semula dengan ex boyfriend aku..
Gembira nya tak terkata, sampai kan tido mimpi indah tu...
SUNGGUH SUGGUH INDAH.:)
HE IS IZZAUDIN AMIRUL HIDAYAT BIN KHIR...

Khamis, 31 Mac 2011
go to Genting 9 mac 2011 lalu..
5 IBNU SINA KREW 2010
( sebenarnya ramai lagi geng ibnu sina, tapi tak dapat join.. atas sebab sebab yang munasabah)
( ibnu sina krew )

haha. kelakar!! wany yang tengah tuhh...
mmuahhh!!!
sayang dia... hikhik.
bangga siot..
mat bangla nie tangkap gambar ngan ilma.
aidil bersikap kejam..
sanggup die tampar dan cucuk hidung
patung yang tak bernyawa itu.
hisy..hisy..hisy..
tengok!!!
bila dorang wat perangai giler...
poyo jew.. tapi,
dapat jugak lah ladybird tu daripada tak dapat ape ape.
hakhak

aku nak termuntah naik benda alah nie..(kapal) tapi, best!!!
Tak tahu bila nak kumpul sama sama macam ni lagi, lepas ni confirm semua dah bawa haluan masing masing..
Tapi aku sangat rindu detik detik bersama dengan mereka..
IBNU SINA KREW 2010 THE BEST!!!!!
Selasa, 22 Mac 2011
result SPM
23 MARCH 2011
Esok hari yang bersejarah telah tiba..semua remaja yang dilahirkan pada 1993 sedang bergemuruhan dirumah kerana memikirkan tentang result SPM mereka.
Same juga seperti aku, jantung aku sekarang tengah berdegup kencang.. rasa macam nak tercabut pun ada. OF COUSE semua orang tengah takut. Siapa yang tak takut tu memang dia tengah mengalami gangguan jiwa, iaitu tak ada perasaan.
Sama sama kita tengok keadaan mereka esok, adakah mereka gembira atau adakah mereka sedih... kita akan lihat budak budak einstein bersorak gembira, meraihkan kegembiraan bersama rakan, berkongsi gembira bersama keluarga. dan kita tengok budak budak kelas bawah menanggung duka, mungkin ada yang kecewa menangis sampai terguling guling, mungkin juga ada yang hentak kan kepala di dinding belakang blok.. ada juga yang duduk bersendirian mengenang nasib atau adakah orang akan terjun bangunan kerana kegagalan nya. Aku juga begitu kah???
Adakah aku..

gembira seperti ini,
kerana mendapat result yang mengembirakan.
ATAU
menangis seperti ini,
di depan semua budak budak SPM 2010.
di rumah...
Aku kecewa,
menanggung duka dan lara.
MUANGKIN JUGA
AKU AKAN DI KETAWAKAN.
SEBAB AKU TELAH KECEWAKAN MAK BAPAK AKU.
SUNGGUH AKU TAK SANGGUP.
TAPI,
AKU REDHA DENGAN KENTENTUAN YANG ALLAH TELAH BERIKAN.
AKU KENA KUATKAN SEMANGAT AKU.
WALAUPUN KEPUTUSAN ITU MEMANG MENGECEWAKAN AKU.
YA ALLAH! engkau berikan lah keputusan hamba ini cemerlang.. dan engkau kabul lah kan doa teman teman ku dan doa semua pelajar yang mengambil keputusan SPM esok hari. AMIN
Isnin, 28 Februari 2011
cinta vs impian
HHaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!! (menjerit kot!!)
Enough.....
Seriusly,
aku dah tak boleh dengan si dia.. Aku ingat lg pesan akak mase dia balik cuti haritu, juga cerita yang ustazah sampaikan kepada pelajar2 dan akak sampaikan kat aku pula.
Lepas aku balik, aku terpikir betul apa yang akak cakap. Sekarang aku dah bosan dengan permainan cinta, semua tu belum tentu dapat menjalinkan ke arah rumah tangga.
Macam akak cakap, jika jodoh kita ada, sejauh mana kita merantau.. confirm kita akan jumpa balik dengan si dia.. Itu semua kan kuasa Allah swt hanya dia yang berhak tentukan jodoh seseorang. Jadi sekarang baik aku pikir pasal impian aku yang nak jadi seorang wartawan suatu haru nanti.. haha. Macam lah aku boleh..
Haruslah aku boleh, kalau itu yang aku nak kejarkan.. hanya perlu berusaha.
Ya! Aku kena usaha kuat sikit untuk capai semua tu.. tapi, hanya satu yang sentiasa menganggu fikiran aku.. iaitu result spm aku yang akan keluar tak lama lagi. Ya Allah, aku hanya dapat doa saje.. hanya doa yang dapat kurangkan tekanan yang aku rasa.
Tapi, aku tak boleh nak bayangkan, jika apa yang aku impikan musnah macam tu aje.
Hanya kecewa yang dapat temankan aku kala itu.. huhu. sadis sungguh bunyinya.
Untuk melupakan si dia memang agak sukar, sebab.. entah lah. Aku tak tau macam mana nak cakap dengan dia, kalau aku tinggalkan dia macam tu aje.. nampak sangat aku kejam.
Ya, so cruel. Aku perlukan sedikit masa.Aku perlukan sedikit masa untuk kumpulkan seluruh tenaga dan akan bercakap dengan dia begini.. "kita putus jom, ada impian yang aku harus kejar dulu.. aku tak nak kau tunggu aku.. sebab kemungkinan aku akan jumpa dengan kehidupan yang sungguh mencabar di luar sana". patut kew aku cakap macam tu..
atau ada yang kebih dramatik sikit.. huhu. Aku perlukan seseorang untuk membantu..
Aku ni pentingkan diri ke, tinggalkan dia sebab nak kejar impian aku.. Tak! Aku tak kejam, memang patut aku tinggalkan dia. Sebab dia akan menghalang impian aku untuk terus maju, kalau aku terus cintakan dia. Mungkin dia akan menghalang aku untuk melihat dunia luar.. iaitu kehidupan yang sebenar, dan impian aku akan terbatas sebab terikat dengan dia.
Dan belum tentu kalau aku terus cintakan dia, aku akan bahagia.. boleh ke orang sekarang hidup hanya dengan cinta, cubalah bawak cinta tu pergi interview.. confirm kena hentak kepala kat atas meja laju-laju.. tak pasal-pasal koma setahun.. paling lopek pun ICU seminggu. Impian terus entah kemana. Tak ke banggang macam tu.
Lagipun buat apa nak kejar cinta sekarang, semua tu karuttt!!! Aku kan muda lagi..
dan aku kena batal kan niat aku dekat mamat ALIM tu.. Aku kena lupakan dia.. haha.
Ala, aku bukan ada feeling sangat pun kat dia. Sama je macam masa aku kat sekolah dulu.. suka kat
K*AL*S
lelaki pertama yang aku suka masa darjah 3, sekarang dah jadi kawan baik kakak
aku... huhu. kelakar sungguh
ZUL
lelaki pertama yang aku suka masa masuk sekolah menengah..
AFIQ
ex bf, kenal terus couple.. agak bodoh masa tu.
IZZAUDIN
ex bf jugak, tak lama pun couple sebab tak ada persefahaman untuk bersama.
selalu gaduh walau benda kecil.
ALIFF AZIZKU
atau akak panggil unta, lelaki yang aku suka masa form 3, sanggup intai
segala perbuatan yang dia lakukan dan kawan-kawan aku terpaksa terlibat
dengan kerja bodoh aku tu.
AZIZI
budak baru masuk time form 3, aku ingat budak cina.. rupanya melayu. selalu intai
juga, sebab sebelah class jew dan menjadi classmate masa form 4 dan 5.. lepas tu
terus tak suka. haha.
PAAN
budak lelaki yang selalu lalu depan rumah aku, sebab hantar adik dia pergi mengaji.
mula suka, time main badminton dengan akak.. jatuh cinta dengan pandangan
matanya
SI MAMAT ALIM
selalu nampak dia pergi masjid, time zuhur, asar, maghrib dan isyak..
selalu jugak dia pandang aku.
Bila ingat balik, cam haram je aku dulu. Tapi semua tu kan pengalaman dan kenangan.
Adat lah kalau suka budak lelaki masa sekolah dulu, baru nak berjinak-jinak rasa cinta.
Tapi sekarang, bila dah dapat cinta tu.. bosan pulak, tak bersyukur ke aku ni.. hah!!
Lupakan semua tu karuttt!!! Nampak permainan dia.
Baik sekarang kita kumpul member banyak-banyak. Haruslah sentiasa happy!!!.
Tanam impian, yang aku akan menjadi seorang wartawan suatu hari nanti.. insyallah.
suatu hari nanti
(tapi kena kuruskan badan dulu)
Langgan:
Catatan (Atom)